Di sini ada sedikit petua yang saya kongsi dengan pembaca sekalian terutama cikgu-cikgu baru dan pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR tak lama lagi...
Mari kita baca satu persatu...
1) PETUA SEBELUM MENULIS RINGKASAN KARANGAN
- Baca arahan soalan (sangat penting)
- Kenal pasti kehendak soalan.
Contoh soalan: baca petikan di bawah dengan teliti. berdasarkan
petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor
kemerosotan ekonomi negara.
petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor
kemerosotan ekonomi negara.
T= Ekonomi negara
K= Faktor
- Baca seluruh petikan dengan teliti.
- Baca sekali lagi dan garis isi penting.
- Tolong abaikan huraian terhadap isi penting dan contoh.
2) PETUA SEMASA MENULIS RINGKASAN.
- Kenal pasti kehendak soalan berdasarkan kata kunci ( K ) tadi.
- Pilih 5 isi penting yang bertepatan.
- Guna penanda wacana yang yang sesuai.
- Susun isi dengan teratur
- Tulis ringkasan tidak melebihi 80 pp
- Baca dan betulkan ejaan dan tatabahasa.
- Ejaan yang dikira 1 PERKATAAN sahaja:
- Peribahasa
- Kata Ganda
- Tarikh
- Angka
- Wajib catatkan jumlah perkataan dalam kurungan disudut kanan bawah ringkasan anda.(jangan tipu jumlah perkataan.pemeriksa kertas akan mengira kembali jumlah perkataan ringkasan anda)
Antara _______(masukkan kata kunci dan kehendak soalan)_________ ialah _______isi 1 __________ __________. Selain itu, _________isi 2 _____________ dan seterusnya _____ isi 3________. Di samping itu, __________isi 4_______________.Akhir sekali, ____isi 5_______.
( _______ patah perkataan)
*MUDAHKAN!!!! tak perlu karang panjang-panjang cuma kena pandai cari isi penting.
Kalau nak senang hafal terus penanda wacana tersebut k.nanti hari exam cari isi penting dan masuk
jer kat ruang kosong tu..
*Tapi INGAT!!!
Contoh Kamu tulis:
1) Antara faktor-faktor ( salah ) - jika dah tulis antara
taK perlu gandakan perkataan faktor.
taK perlu gandakan perkataan faktor.
2) Antara faktor ( Betul )
samalah juga dengan antara punca,antara langkah..,
antara usaha, antara kepentingan dan sebagainya.
setelah guna antara perkataan selepasnya tidak
perlu digandakan.
antara usaha, antara kepentingan dan sebagainya.
setelah guna antara perkataan selepasnya tidak
perlu digandakan.
SELAMAT MENCUBA TEKNIK DAN PETUA NI....
No comments:
Post a Comment