Ringkasan dan Pemahaman petikan adalah soalan Bahagian A kertas 2..yang memerlukan pelajar menulis ringkasan sepanjang 80 patah perkataan sahaja.
Di sini ada sedikit petua yang saya kongsi dengan pembaca sekalian terutama cikgu-cikgu baru dan pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR tak lama lagi...
Mari kita baca satu persatu...
1) PETUA SEBELUM MENULIS RINGKASAN KARANGAN
- Baca arahan soalan (sangat penting)
- Kenal pasti kehendak soalan.
Cuba kenal pasti Tema ( T ) dan Kata Kunci ( K )
Contoh soalan: baca petikan di bawah dengan teliti. berdasarkan
petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor
kemerosotan ekonomi negara.
T= Ekonomi negara
K= Faktor
- Baca seluruh petikan dengan teliti.
- Baca sekali lagi dan garis isi penting.
- Tolong abaikan huraian terhadap isi penting dan contoh.
2) PETUA SEMASA MENULIS RINGKASAN.
- Kenal pasti kehendak soalan berdasarkan kata kunci ( K ) tadi.
- Pilih 5 isi penting yang bertepatan.
- Guna penanda wacana yang yang sesuai.
Ingat: tidak boleh guna penanda wacana yang sama untuk ayat seterusnya.- Susun isi dengan teratur
- Tulis ringkasan tidak melebihi 80 pp
- Baca dan betulkan ejaan dan tatabahasa.
- Ejaan yang dikira 1 PERKATAAN sahaja:
- Kata Nama Khas - Peribahasa
- Kata Ganda
- Tarikh
- Angka
- Wajib catatkan jumlah perkataan dalam kurungan disudut kanan bawah ringkasan anda.(jangan tipu jumlah perkataan.pemeriksa kertas akan mengira kembali jumlah perkataan ringkasan anda)
3) CONTOH RINGKASAN
Antara _______(masukkan kata kunci dan kehendak soalan)_________ ialah _______isi 1 __________ __________. Selain itu, _________isi 2 _____________ dan seterusnya _____ isi 3________. Di samping itu, __________isi 4_______________.Akhir sekali, ____isi 5_______.
( _______ patah perkataan)
*MUDAHKAN!!!! tak perlu karang panjang-panjang cuma kena pandai cari isi penting.
Kalau nak senang hafal terus penanda wacana tersebut k.nanti hari exam cari isi penting dan masuk
jer kat ruang kosong tu..
*Tapi INGAT!!!
Contoh Kamu tulis:
1) Antara faktor-faktor ( salah ) - jika dah tulis antara
taK perlu gandakan perkataan faktor.
2) Antara faktor ( Betul )
samalah juga dengan antara punca,antara langkah..,
antara usaha, antara kepentingan dan sebagainya.
setelah guna antara perkataan selepasnya tidak
perlu digandakan.
SELAMAT MENCUBA TEKNIK DAN PETUA NI....